Latar Belakang
Bahagian Kesepaduan Nasional dipertanggungjawabkan menyelaras dan memantau hal ehwal integrasi nasional dan menguruskan jaringan kerjasama dengan pemegang taruh dalam ekosistem perpaduan.
Bahagian Kesepaduan Nasional (BKN) diwujudkan di bawah penstrukturan semula Kementerian pada 1 Ogos 2024. Secara umumnya, BKN ditubuhkan melalui penyelarasan semula fungsi dua (2) bahagian terdahulu iaitu Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Bahagian Perhubungan Masyarakat. Struktur organisasi BKN terdiri daripada 20 perjawatan dan dibahagikan kepada tiga (3) seksyen iaitu:
- Seksyen Integrasi Nasional
- Seksyen Ekosistem Perpaduan
- Seksyen Kenegaraan
Objektif
- Memastikan pengurusan isu-isu/ insiden yang berupaya untuk menggugat keharmonian dan perpaduan negara dikawal dengan baik dan efektif.
- Menghubungkan jalinan kerjasama dengan pemegang taruh berkaitan bagi memastikan ekosistem perpaduan negara sentiasa utuh dan berupaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
- Memperkukuh perpaduan nasional melalui integrasi perpaduan dengan pemuliharaan khazanah warisan, pelestarian memori institusi negara dan pemerkasaan budaya ilmu.
Fungsi
SEKSYEN INTEGRASI NASIONAL:
- Menguruskan isu, konflik dan insiden perpaduan negara.
- Menguruskan program intervensi dan mediasi.
- Menguruskan pengurusetiaan Jawatankuasa Penyelarasan Isu-isu Perpaduan Negara dan Jawatankuasa HARMONI.
- Menguruskan pengemaskinian data Rumah Ibadat Selain Islam dan sistem ePower.
SEKSYEN EKOSISTEM PERPADUAN:
- Menyelaras perancangan pelaksanaan pengukuhan Program Khidmat Komuniti.
- Menyelaras perancangan, penambahbaikan, pemantauan pelaksanaan Tabika/ Taska Perpaduan dan menjalankan Kerjasama dengan pelbagai agensi bagi Pendidikan Awal Kanak-kanak.
- Menyelaras perancangan pelaksanaan program/ aktiviti berkaitan kesepaduan nasional dan ekosistem perpaduan yang melibatkan pihak Kerajaan, Swasta, Komuniti dan Mahasiswa/ belia.
SEKSYEN KENEGARAAN:
- Menguruskan Garis Panduan/ Dasar Operasi serta program-program yang dilaksanakan oleh Muzium Negara Malaysia (JMM), Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
- Menguruskan pelaksanaan Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).
- Menguruskan aktiviti / program berkaitan jati diri dan penerapan nilai perpaduan / patriotisme bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.