Latar Belakang
Kementerian Perpaduan Negara merupakan satu kementerian baru yang telah ditubuhkan pada Mac 2020. Justeru, selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Kementerian ini telah menubuhkan Unit Audit Dalam yang diberi nama Unit Audit Dalam Kementerian Perpaduan Negara (UAD KPN) pada tahun yang sama.
Objektif
Membantu Kementerian Perpaduan Negara mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dengan menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Fungsi
-
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
- Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
- Memberi nasihat/ pandangann mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk ICT;
- Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara berkenaan hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan;
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara; dan
- Membentangkan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.