Tapak integrasi merupakan asas yang membentuk lambang perpaduan di negara ini. Pengukuhannya ke arah menyemarakkan semangat perpaduan dapat dizahirkan melalui program-program yang dirancang secara teliti dengan menitikberat pelbagai aspek termasuklah budaya, agama, kaum, bahasa, etnik, kelas sosial, gender, politik dan sebagainya.
Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI sebagai program flagship yang menerajui inisiatif di bawah agenda perpaduan nasional dengan matlamat menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha Kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI.
Kluster Program
Kluster Semarak KENEGARAAN bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara.
Kluster Semarak PERPADUAN bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bertepatan dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian.
Kluster Komuniti RAHMAH adalah program yang dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah khususnya dalam Kawasan Rukun Tetangga yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan seperti saling menghormati, mengasihi dan menghargai.
Aktiviti Program
Sambutan Minggu Perpaduan
Citra Nusa @ Muzium
Kempen Malaysia MADANI Perpaduan
Konvensyen Sukarelawan Nasional 2024
Program Bermalam di Muzium
Kertas MJM Pengistiyharan Hari Kaamatan dan Hari Gawai sebagai Hari Cuti Umum Peringkat Nasional
Debat Perpaduan
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768. Hakcipta Terpelihara @ 2021 Kementerian Perpaduan Negara
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?