SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
previous arrow
next arrow
Slider
PENGUMUMAN :
Tiada pengumuman buat masa ini.
Tiada pengumuman buat masa ini

 

PERKHIDMATAN TERAS KEMENTERIAN

Pautan Pantas

PautanPantas
SEBUTHARGA
& TENDER
PautanPantas
PROSEDUR OPERASI
STANDARD (SOP)
PautanPantas
KALENDER
AKTIVITI
PautanPantas
DATA
TERBUKA
PautanPantas
E-BOOK
PERPADUAN
PautanPantas
DIREKTORI
PEGAWAI
PautanPantas
EPENYERTAAN
PautanPantas
INFOGRAFIK

Mengukuhkan Tapak Integrasi Sosial

  • Tapak integrasi merupakan asas yang membentuk lambang perpaduan di negara ini. Pengukuhannya ke arah menyemarakkan semangat perpaduan dapat dizahirkan melalui program-program yang dirancang secara teliti dengan menitikberat pelbagai aspek termasuklah budaya, agama, kaum, bahasa, etnik, kelas sosial, gender, politik dan sebagainya.
  • Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI sebagai program flagship yang menerajui inisiatif di bawah agenda perpaduan nasional dengan matlamat menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha Kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Kluster Program

  • Kluster Semarak KENEGARAAN bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara.
  • Kluster Semarak PERPADUAN bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bertepatan dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian.
  • Kluster Komuniti RAHMAH adalah program yang dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah khususnya dalam Kawasan Rukun Tetangga yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan seperti saling menghormati, mengasihi dan menghargai.

Aktiviti Program

  • Sambutan Minggu Perpaduan
  • Citra Nusa @ Muzium
  • Kempen Malaysia MADANI Perpaduan
  • Konvensyen Sukarelawan Nasional 2024
  • Program Bermalam di Muzium
  • Kertas MJM Pengistiyharan Hari Kaamatan dan Hari Gawai sebagai Hari Cuti Umum Peringkat Nasional
  • Debat Perpaduan

Memperkukuh Ekosistem Perpaduan yang Mampan bagi Membangun Masyarakat Progresif

  • Ekosistem perpaduan adalah perkara asas yang perlu dimantapkan bagi menyokong dan melancarkan gerakan penyatupaduan dan integrasi nasional yang disasarkan oleh teras strategik ini. Justeru, objektif strategik ini sangat dominan dalam merancakkan pencapaian aspirasi perpaduan dan integrasi nasional di seluruh negara.
  • Ekosistem perpaduan menumpukan kepada pemanfaatan medium komunikasi yang berkesan seperti media massa, elektronik atau digital, pelaksanaan program-program yang menyediakan peluang dan ruang untuk masyarakat berinteraksi dan berkomunikasi sama ada secara fizikal atau abstrak dan kemudahan fasiliti sosial berbentuk fizikal atau khidmat sokongan komuniti yang disediakan secara meluas serta boleh diakses oleh semua.

Aktiviti Program

  • Pemerkasaan KRT
  • Konvensyen Mediator Komuniti
  • Simposium Pendidikan Rukun Negara Prasekolah
  • Meluaskan Tuisyen KAMI

Memperkukuh Mekanisme Penilaian Keberkesanan Program

  • Memperkukuhkan mekanisme penilaian keberkesanan program bermaksud meningkatkan sistem dan proses yang digunakan untuk menilai sejauh mana program-program perpaduan yang dilaksanakan mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
  • Mewujudkan indikasi sosial bagi mengukur tahap perkembangan kesepaduan sosial dan keharmonian yang dikecepai dalam masyarakat.
  • Pelaksanaan kajian diperkukuhkan dengan mengadaptasi pelbagai teknologi terkini seperti Big Data analytics, automasi dan aplikasi digital.
  • Menerusi kaedah dan pendekatan digital ini, keberkesanan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti dapat dikawal selia secara real time dan analisis serta tinjauan masa hadapan (foresighting) boleh dilaksanakan bagi menambah baik pelaksanaan program serta mengenal pasti isu perpaduan yang perlu ditangani segera.

Aktiviti Program

  • Kajian Indeks Perpaduan Nasional 2024
  • Kajian terhadap Multicultural Framework oleh Department of Home Affairs (Australia)
  • Kajian & Laporan sumbangan Sekolah Vernakular terhadap perpaduan negara masa depan

Memperkukuh Jaringan Kolaborasi Strategik

  • Memperkukuhkan jaringan kolaborasi strategik adalah usaha untuk membangun dan memperkuat kerjasama antara Kementerian dan pelbagai pihak lain, seperti agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat, dalam usaha mencapai matlamat perpaduan negara.
  • Fokus utama yang ditekankan di bawah teras strategik ini adalah mempergiat penglibatan pelbagai pihak sebagai ‘Rakan Perpaduan’ (Friends of Unity) dalam memberi sumbangan signifikan untuk menyemarakkan usaha ke arah menjayakan agenda perpaduan.

Aktiviti Program

  • Simposium Friends of Unity
  • Lawatan Penanda Aras ke Australia
  • Lawatan Penanda Aras ke Turki
  • Program Kolaborasi – Keretapi Sarong
  • Pameran Hubungan Diplomatik 50 Tahun Malaysia – China
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet