SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
previous arrow
next arrow
Slider
PENGUMUMAN :
Tiada pengumuman buat masa ini.
Tiada pengumuman buat masa ini

 

PERKHIDMATAN TERAS KEMENTERIAN

Pautan Pantas

PautanPantas
SEBUTHARGA
& TENDER
PautanPantas
PROSEDUR OPERASI
STANDARD (SOP)
PautanPantas
KALENDER
AKTIVITI
PautanPantas
DATA
TERBUKA
PautanPantas
E-BOOK
PERPADUAN
PautanPantas
DIREKTORI
PEGAWAI
PautanPantas
EPENYERTAAN
PautanPantas
INFOGRAFIK
Depan

29 Oktober 2021 - Bersempena sambutan perayaan Diwali yang akan datang, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak telah mengadakan Program Perpaduan Keluarga Sempena Perayaan Diwali Tahun 2021 bahagian Kuching.

Program menarik ini telah diadakan di Dewan International Society For Khrisna, Jalan Ketitir, Batu Kawa mendapat sambutan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, YB Dato' Sri Hajah Fatimah Abdullah dan turtu dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden Hollis (Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak), YB Datuk Hajah Rosey Yunus (Menteri Muda, Wanita, Keluarga & Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak) dan Pengarah JPNIN Sarawak, Dirwana Haji Azool.

Aktiviti ini turut diceriakan dengan kehadiran JKTPN, Pegawai Residen Kuching, Ketua- Ketua Kaum di bahagian Kuching serta jentera perpaduan terdekat dari seluruh bandaraya Kuching.

 

SEMARAK PERPADUAN 1

25 Oktober 2021 – Kempen Semarak Perpaduan merupakan salah satu program yang dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam menyantuni masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan dengan kerjasama KRT Kg. China, Kota Bharu telah sama-sama turun padang dalam menghulurkan bantuan kotak makanan kepada tujuh buah keluarga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu / Bachok / Pasir Puteh, Encik Arjunawira Ahmad turut hadir dalam program ini dan menyampaikan salam daripada Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Bantuan ini diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup golongan terjejas akibat pandemic Covid-19.

WhatsApp Image 2021 10 22 At 104645 PM

23 Oktober 2021 – YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah melancarkan Café Unity Citarasa Keluarga Malaysia yang ke-2 di Bandaraya Kuching, Sarawak. Medan Selera Fauziah Family Cafe Metrocity menjadi destinasi kedua selepas Shake & Bake Café di mana medan selera ini menyajikan variasi menu daripada pelbagai kaum.

Medan selera yang diusahakan oleh Sdr Abang Arshad ini menyediakan 36 gerai yang setiap satu daripadanya menawarkan menu yang berbeza. Kepelbagaian menu di medan selera ini menjadikannya sebagai platform integrasi perpaduan yang dikunjungi masyarakat majmuk.

Kementerian Perpaduan Negara sentiasa menyokong segala bentuk integrasi perpaduan yang menjadi kekuatan buat kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

247734885 240997078064927 1922972085941335184 N

23 Oktober 2021 – Program jelajah Perpaduan Keluarga Malaysia oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara diteruskan ke lokasi penduduk etnik Bidayuh, daerah Semeba, Kuching. Menteri Perpaduan Negara diiringi ADUN Batu Kitang, YB IR Lo Khere Chiang.

Turut disampaikan bantuan kotak RT Cares #KitaBersama kepada ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Agihan bantuan kotak makanan dan barangan keperluan asas ini digerakkan oleh sukarelawan Komuniti Rukun Tetangga yang ketika ini dianggotai oleh lebih 200,000 individu di seluruh negara. Program RT Cares adalah selaras dengan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga (RT4ALL) di bawah Gerak Kerja Komuniti RT Sejahtera.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet