- Butiran
- 2398
Kementerian Perpaduan Negara sangat mengalu-alukan cadangan Cafe/ Kopitiam/ Food Court/ Food Truck untuk diiktiraf di bawah program Citarasa Keluarga Malaysia.
Sila klik di pautan berikut untuk pencalonan daripada anda.
Program Komuniti KRT Vaksin Untuk Semua merupakan usaha dari Kementerian Perpaduan Negara bagi menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui kempen kesedaran dan pembukaan kaunter pendaftaran di premis-premis milik Kementerian melalui jentera perpaduan iaitu Ahli Jawantankuasa Rukun Tetangga dan telah dilancarkan YB Datuk Halimah Saddique binti Mohamed, Menteri Perpaduan Negara pada 16 Mac 2021.
Sasaran utama Kementerian adalah ahli jawatankuasa Rukun Tetangga melaksanakan tanggungjawab sosial melalui pendaftaran program vaksinasi negara dan membantu memberi kesedaran kepada ahli keluarga serta komuniti setempat berhubung manfaat program ini. Pelaksanaan kempen kesedaran di peringkat daerah dan pembukaan kaunter-kaunter pendaftaran di kawasan Rukun Tetangga digerakkan secara proaktif bagi membantu meningkatkan pendaftaran vaksinasi dari kalangan rakyat selari dengan hasrat Kerajaan iaitu mencapai sekurang-kurangnya 80% populasi rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin.
Sehingga hari ini, seramai 202,085 orang telah berjaya didaftarkan dibawah pelaksanaan Kempen Komuniti KRT Vaksin Untuk Semua yang meliputi komuniti setempat di kawasan-kawasan Rukun Tetangga seluruh Malaysia termasuk Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat Selain Islam yang merupakan sebahagian jentera perpaduan di bawah KPN. Diharap pelaksanaan program ini dapat membantu Kerajaan dalam membina keyakinan komuniti setempat berkaitan dengan manfaat vaksin dan seterusnya menjayakan inisiatif Kerajaan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Program RT Cares, #KitaBersama adalah merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan komuniti semasa pandemik Covid-19 melalui pemerkasaan tanggungjawab komuniti Rukun Tetangga. Program ini berteraskan kepada konsep RT4ALL iaitu RT untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang melalui semangat kebersamaan dengan hashtag #KitaBersama. Program RT Cares adalah selaras dengan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga (RT4ALL) di bawah Gerak Kerja Komuniti RT Sejahtera.
OBJEKTIF RT CARES
a) Memperkukuhkan tanggungjawab sosial Kementerian bagi membantu golongan yang terjejas dengan pandemik Covid-19 melalui pemerkasaan komuniti Rukun Tetangga;
b) Menggerak dan memperkukuhkan peranan KRT dalam memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup komuniti semasa tempoh pandemik;
c) Membantu inisiatif kerajaan untuk memerangi Covid-19 dan mempercepatkan lagi roll-out Program Vaksinasi; dan
d) Membentuk masyarakat prihatin dan penyayang.
KONSEP PROGRAM RT CARES
Program ini berkonsepkan social outreach iaitu pendampingan sosial komuniti Rukun Tetangga melalui dua gerak kerja iaitu:
a) Bantuan Kotak Makanan dan Barangan Keperluan Asas
Agihan bantuan kotak makanan dan barangan keperluan asas kepada komuniti Rukun Tetangga yang terjejas dengan pandemik Covid-19 yang digerakkan oleh sukarelawan Rukun Tetangga
b) Bantuan Kotak Makanan dan Barangan Keperluan Asas
Agihan bantuan kotak makanan dan barangan keperluan asas kepada komuniti Rukun Tetangga yang terjejas dengan pandemik Covid-19 yang digerakkan oleh sukarelawan Rukun Tetangga.
• Agihan kotak makanan;
• Pendaftaran pengambilan vaksin Covid-19; dan
• Hebahan/kesedaran tentang pengambilan vaksin Covid-19 serta pematuhan SOP; dan
KRITERIA PENERIMA BANTUAN RT CARES
a) Golongan B40 daripada semua kategori termasuk OKU, Ibu tunggal, warga emas dan golongan rentan ekonomi;
b) Terjejas pendapatan;
c) Terputus bekalan makanan dan keperluan asas.
a) RT Cares Centre digerakkan di seluruh negara melibatkan 116 Daerah/Bahagian yang berfungsi sebagai pusat operasi untuk pengumpulan dan agihan kotak makanan dan barangan keperluan asas.
b) RT Cares Centre beroperasi di:• Kompleks Perpaduan,
• Pusat Rukun Tetangga (PRT),
• Pusat Aktiviti Perpaduan (PAP); dan
• Mana-mana premis yang bersesuaian.
IMPAK PROGRAM RT CARES
a) Memperkukuhkan tanggungjawab sosial Kementerian kepada komuniti khususnya komuniti Rukun Tetangga;
b) Meringankan beban/kos sara hidup dan memastikan kesejahteraan rakyat;
c) Meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab bersama menangani isu komuniti yang terjejas dengan Covid-19.
d) Membantu mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Halaman 2 dari 3