26 March 2022, Terengganu- Program Majlis Sentuhan Kasih Muhibbah (Memasak bubur lambuk) telah berlangsung di Peringkat KRT Daerah Dungun baru-baru ini.
Sebanyak 17 kawah dimasak dalam acara gotong-royong oleh Jentera Jiran Wanita. Lebih meriah lagi apabila program sarat harmoni ini turut dijalankan bersama Agensi Kerajaan diperingkat daerah.
Hasil daripada gotong-royong tersebut telah diagihkan pada komuniti KRT setempat, bertuah sungguh.
Bubur lambuk masyarakat Pantai Timur khususnya di negeri Terengganu memang istimewa kerana disajikan dengan pelbagai ulam-ulaman menyihatkan.
Tahniah dan syabas dalam kejayaan program yang dianjurkan.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768. Hakcipta Terpelihara @ 2021 Kementerian Perpaduan Negara
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?