SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
previous arrow
next arrow
Slider
PENGUMUMAN :
Tiada pengumuman buat masa ini.
Tiada pengumuman buat masa ini

 

PERKHIDMATAN TERAS KEMENTERIAN

Pautan Pantas

PautanPantas
SEBUTHARGA
& TENDER
PautanPantas
PROSEDUR OPERASI
STANDARD (SOP)
PautanPantas
KALENDER
AKTIVITI
PautanPantas
DATA
TERBUKA
PautanPantas
E-BOOK
PERPADUAN
PautanPantas
DIREKTORI
PEGAWAI
PautanPantas
EPENYERTAAN
PautanPantas
INFOGRAFIK
353396625 658636932967604 5659622282279834828 N

24 Jun 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Gerak Rahmah 2023 ‘Jom Bersih dan Indah’ di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Uma Belor, Sungai Asap, Belaga, Sarawak yang melibatkan dua belas (12) KRT dengan penyertaan seramai 500 orang masyarakat setempat. Program ini juga telah berlangsung serentak di seluruh negara melibatkan 4,200 lokasi KRT.

YB Datuk Aaron menyatakan bahawa aktiviti gotong-royong yang dijalankan sempena program ini menerapkan unsur Lestari Alam Sekitar yang dapat memupuk nilai murni mencintai alam sekitar dalam kalangan warga KRT dan komuniti.`Jom Bersih & Indah’ merupakan program di bawah inisiatifGerak Rahmah 2023 yang dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Program ini merupakan salah satu daripada Agenda Kerja KRT atau RT4ALL iaitu di bawah Gerak Kerja KRT Bersih & Indah.
353066941 655607306603900 3651936151683432910 N

19 Jun 2023, Melaka -YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim telah hadir ke Majlis Perasmian Seminar ‘Kapal Mendam Berahi : Realiti atau Mitos?’ yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di Pertua Negeri Melaka.

Seminar ini telah berlangsung selama dua (2) hari pada 19 dan 20 Jun menghimpunkan penyelidik-penyelidik, ahli-ahli sejarah dan juga ilmuan dalam satu platform bagi mengetengah dan mengupas hasil kajian, penyelidikan serta dapatan mereka terhadap ‘Kapal Mendam Berahi’.
Seminar ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang dibawa ini bertujuan untuk merungkai persoalan terhadap isu-isu yang melibatkan kewujudan, reka bentuk mahupun fungsi Kapal Mendam Berahi ketika era kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia akan terus mempergiat usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan negara melalui program-program kerjasama strategik dengan pelbagai pihak pada masa akan datang.
354245473 655158786648752 3164101799983806010 N

17 Jun 2023, Melaka -Ini Warisan Kita telah dimulakan dengan Program Warisan Masyarakat Siam Kelantan pada 17 Jun 2023 dan diteruskan lagi pada hari ini ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menjejaki etnik Chetti dan Portugis. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memelihara dan memulihara kepelbagaian warisan negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan sekaligus meningkatkan semangat jati diri dan rasa cinta kepada tanah air.

Di sebelah petang, YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah berpeluang untuk turun ke lokasi program sekaligus mendengar taklimat ringkas berkenaan sejarah , tradisi dan warisan masyarakat Portugis di Melaka.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet