16 Julai 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 dengan tema ‘Working Towards a Respectful and Cohesive Society’.
16 Julai 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 dengan tema ‘Working Towards a Respectful and Cohesive Society’.
13 Julai 2023, Pahang -YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Klik Usahawan@PD di Perpustakaan Desa (PD) Kampung Panching, Sungai Lembing Pahang. Program Klik E-Usahawan merupakan kolaborasi di antara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertujuan untuk melahirkan usahawan muda dan membantu menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan produk-produk keusahawanan.
13 Julai 2023, Pahang -Program yang berlangsung ini selari dengan inisiatif Ini Warisan Kita yang dibawa oleh Kementerian dalam melestarikan bahasa sebagai salah satu warisan dan merupakan wadah yang paling utama dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan etnik di Malaysia. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
13 Julai 2023, Pahang -Lawatan Kerja Rasmi YB Datuk Aaron ke Muzium Sungai Lembing. Muzium ini berperanan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan bukti-bukti sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing seiring dengan statusnya yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.
Halaman 2 dari 4