Sekretariat Majlis Perpaduan (SMP) yang diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) merupakan satu sekretariat khas bertanggungjawab menyelaras dan menguruskan semua hal-ehwal berkaitan dengan pentadbiran dan pengoperasian Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) dan Jawatankuasa Perpaduan (MExUnity). Pada asalnya sekretariat ini dikenali sebagai Sekretariat Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) ketika Sekretariat ini ditempatkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Namun, berikutan penubuhan KPN mulai 10 Mac 2020, Sekretariat MPKR telah dimansuhkan dan digantikan dengan SMP.
Objektif penubuhan Sekretariat Majlis Perpaduan (SMP) adalah bagi menyediakan forum untuk ahli-ahli MPPN dan MExUnity yang terdiri daripada pelbagai sektor masyarakat untuk mengemukakan buah fikiran bagi menentukan hala tuju pembangunan dasar perpaduan negara dan mengukuhkan usaha-usaha ke arah perpaduan nasional demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.