Bahagian Pembangunan Masyarakat telah diwujudkan selaras dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini menerusi Seksyen Sosioekonomi dan Seksyen Kesepaduan Sosial bertanggungjawab untuk merancang dan menyelia pelaksanaan dasar, strategi/ inisiatif dan keberkesanan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan serta agensi di bawahnya.
Bahagian ini berfungsi dengan tiga (3) Seksyen seperti berikut:
Menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat dan memupuk kesepaduan sosial menerusi jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, universiti, pusat latihan kemahiran dan sektor swasta melibatkan Jentera Perpaduan yang merangkumi Kawasan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara ke arah pembudayaan perpaduan.