SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Korporat Arrow Latar Belakang Kementerian Arrow Fungsi Bahagian Arrow Unit Integriti

Latar Belakang

Unit Integriti Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Unit ini dilihat sebagai focal point bagi mengurus isu-isu integriti dan melaksana usaha-usaha membendung salah laku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan organisasi.

Objektif

Untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, dan efisien.

 

Fungsi

  1. Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.
  1. Pengukuhan Integriti
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  1. Pengesanan & Pengesahan
    Membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  1. Pematuhan
    Melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta memastikan tiada ruang dan peluang untuk warga kakitangan melakukan kesalahan daripada segi jenayah, tatakelakuan dan etika.
  1. Tatatertib
    Melaksanakan kerja-kerja pengurusan tatatertib dan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet