Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) ialah suatu Bahagian yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan struktur organisasi dan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, latihan kakitangan dan peperiksaan serta urusan-urusan berkaitan prestasi dan kemajuan kerjaya pegawai.
Di awal penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020, urusan sumber manusia Kementerian diletakkan di bawah tadbir urus Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, Seksyen Sumber Manusia telah beroperasi secara berasingan melalui pewujudan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan peruntukkan sebanyak 28 perjawatan. Bahagian ini terdiri daripada dua (2) Seksyen iaitu:
- Seksyen Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Psikologi & Prestasi
- Seksyen Pembangunan Organisasi, Latihan dan HRMIS
Objektif
- Menghasilkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.
- Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagian.
- Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagia.
Fungsi
SEKSYEN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN LATIHAN:
- Menguruskan pembangunan organisasi dan pengukuhan perjawatan.
- Menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai.
- Menguruskan permohonan pelantikan secara kontrak/ peminjaman, pertukaran sementara/ dan Personel MySTEP.
- Menyelaras pengurusan permohonan pertukaran Ketua Perkhidmatan.
- Menguruskan pembangunan sumber manusia dan penyelarasan latihan serta kursus.
- Menguruskan sistem HRMIS Kementerian.
- Menguruskan pengemaskinian data perjawatan Kementerian dan Jabatan.
- Menguruskan penyelarasan peperiksaan perkhidmatan dan jabatan.
SEKSYEN PERKHIDMATAN DAN PRESTASI:
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan warga Kementerian.
- Menguruskan penyelarasan Sasaran Kerja Utama (SKU) Warga Kementerian.
- Menguruskan penyelarasan Laporan Penilaian Prestasi warga Kementerian.
- Menguruskan pelaksanaan pengiktirafan pingat dan darjah kebesaran Negeri.
- Menguruskan penyelarasan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
- Menguruskan Mesyuarat MBJ dan PPSM.
- Menguruskan aktiviti Aplikasi Psikologi.
- Menguruskan intervensi pegawai dalam tempoh pemerhatian.
- Menguruskan khidmat konsultasi psikologi dan kaunseling.