Latar Belakang
Bahagian Kolaborasi Strategik dipertanggungjawabkan menyelaras kolaborasi strategik antara Kementerian dengan pihak swasta, agensi kerajaan berkaitan dan badan bukan kerajaan. Bahagian ini juga menguruskan bantuan kewangan dan geran bagi program kesepaduan sosial serta menguruskan penganjuran program/ acara utama Kementerian.
Bahagian Kolaborasi Strategik (BKS) diwujudkan di bawah penstrukturan semula Kementerian pada 1 Ogos 2024. Struktur organisasi BKS terdiri daripada 16 perjawatan dan dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu:
- Seksyen Pengurusan Kolaborasi
- Seksyen Pengurusan Acara
Objektif
- Memastikan jalinan kolaborasi strategik yang utuh antara Kementerian dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memantapkan inisiatif perpaduan negara.
- Memastikan penyaluran bantuan kewangan dan geran bagi program kesepaduan sosial mencapai objektif yang ditetapkan.
- Memastikan penganjuran program-program utama Kementerian berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif di bawah agenda perpaduan negara.
Fungsi
SEKSYEN PENGURUSAN KOLABORASI:
- Mengenal pasti dan menyediakan pelan kolaborasi strategik KPN dengan pihak-pihak berkepentingan.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif kolaborasi strategik KPN dengan Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, NGO dan Sektor Swasta berdasarkan pelan kolaborasi strategik Kementerian dengan pihak berkepentingan.
- Menyelaras permohonan bantuan kewangan kepada rakan strategik KPN (Badan Berkanun, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sekretariat Rukun Negara (SRN), Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sektor Swasta) bagi pelaksanaan program-program perpaduan berdasarkan garis panduan dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa
SEKSYEN PENGURUSAN ACARA:
- Merancang, melaksana, menyelaras dan melapor pelaksanaan program Utama Kementerian dan Peringkat Kebangsaan berdasarkan Pelan Strategik Kementerian Perpaduan Negara, Keputusan Majlis Jemaah Menteri dan lain-lain keputusan rasmi Kerajaan.
- Memberi bantuan khidmat nasihat Protokol dan Tatacara Pengurusan Program kepada Kementerian dan Agensi berdasarkan Panduan Pengurusan Majlis dan Acara Kementerian Perpaduan Negara.