SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Corporate Arrow Background of The Ministry Arrow Division Functions Arrow Bahagian Pembangunan Masyarakat

Latar Belakang

Bahagian Pembangunan Masyarakat telah diwujudkan selaras dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini menerusi Seksyen Sosioekonomi dan Seksyen Kesepaduan Sosial bertanggungjawab untuk merancang dan menyelia pelaksanaan dasar, strategi/ inisiatif dan keberkesanan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan serta agensi di bawahnya.

Bahagian ini berfungsi dengan tiga (3) Seksyen seperti berikut:

  1. Seksyen Kolaborasi Strategik
  2. Seksyen Kesepaduan Sosial
  3. Seksyen Naziran

Objektif

Menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat dan memupuk kesepaduan sosial menerusi jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, universiti, pusat latihan kemahiran dan sektor swasta melibatkan Jentera Perpaduan yang merangkumi Kawasan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara ke arah pembudayaan perpaduan.

Fungsi

  1. Merancang dan menyelaras isu-isu kemasyarakatan/ komuniti di semua peringkat melalui entiti jentera perpaduan;
  2. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar, strategi/ inisiatif dan keberkesanan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial;
  3. Merancang, meneroka dan menyelaras kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, universiti, pusat latihan kemahiran dan sektor swasta dalam pelaksanaan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial;
  4. Mengadakan lawatan dan naziran bagi program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial secara berkala agar memastikan program dicapai mengikut sasaran dan outcome yang ditetapkan;
  5. Menyelaras, memudah cara dan menilai kebolehlaksanaan program/ aktiviti kesejahteraan sosial berteraskan perpaduan dan keharmonian oleh badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan sektor swasta;
  6. Menyediakan input, petunjuk prestasi, maklum balas dan pelaporan program/ aktiviti; dan
  7. Mengemas kini dan menyelenggara data/ maklumat bagi tujuan perancangan, kajian semula, penyelidikan, intervensi dan penilaian program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial.
LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In