Latar Belakang
Bahagian Perhubungan Masyarakat diwujudkan melalui waran perjawatan Bil. A35 Tahun 2020 bertarikh 6 April 2020 seiring dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian dan mempunyai 3 Sekyen iaitu;
- Sekyen Keharmonian Agama
- Seksyen Pengurusan Perpaduan
- Sekyen Kajian Petunjuk Perpaduan.
Objektif
Objektif penubuhan Bahagian Perhubungan Masyarakat adalah untuk menyelaras usaha-usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat, memupuk keharmonian di kalangan penganut agama dan memantau serta mengesan isu dan konflik yang berpotensi menggugat perpaduan dalam masyarakat.
Fungsi

- Memantau, mengesan dan menganalisa isu/ konflik/ insiden yang berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan negara;
- Menyelaras, memantau dan menyediakan Laporan Pengesanan Isu Keharmonian dan Perpaduan Masyarakat kepada pengurusan tertinggi Kementerian;
- Menyediakan input, menganalisa dan melaporkan hasil kajian indikator-indikator berkaitan perpaduan dan keharmonian rakyat;
- Merancang dan menyelaras program/ aktiviti hubungan komuniti (contoh: mediasi, Taska/ Tabika);
- Menguruskan hal-ehwal berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan Jawatankuasa Keharmonian antara Penganut Agama (HARMONI);
- Memelihara, meningkat dan mengukuhkan jalinan hubungan antara badan/ persatuan agama lain selain Islam;
- Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti badan/ persatuan agama lain selain Islam; dan
- Menyelaras dan memantau isu isu serta permasalahan berkaitan hubungan antara agama lain selain Islam.