JAWATANKUASA PELAKSANA PERPADUAN NEGARA



Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk menyokong MPPN. JKPPN dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara manakala keahliannya adalah terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Perpaduan di setiap negeri.

Ahli-ahli Jawatankuasa ini dilantik bagi tempoh selama dua (2) tahun dan mesyuarat jawatankuasa akan bersidang setiap dua (2) bulan sekali manakala sekretariat bagi Jawatankuasa ini adalah Kementerian Perpaduan Negara.

Terma Rujukan bagi JKPPN adalah:

  1. Forum untuk membincangkan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri;
  2. Melaksanakan langkah-langkah yang patut dan perlu diambil bagi menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang timbul serta cadangan untuk memupuk keharmonian dan perpaduan negara lebih mantap;
  3. Melaksanakan strategi komunikasi berkesan untuk menghentikan sebarang penularan isu perkauman dan pergeseran salah faham agama demi kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat; dan
  4. Meneliti keperluan menggubal atau membuat pindaan terhadap mana-mana dasar dan perundangan Kementerian Perpaduan Negara ke arah menghormati dan menghargai kepelbagaian, keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara.

AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN