25 Mei 2024, Johor Bahru - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan pelepasan larian Kembara Perpaduan yang merupakan salah aktiviti sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Tujuan penganjuran ini adalah untuk menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sukan merupakan satu platform perpaduan yang terbaik di mana peserta-peserta yang terlibat mengenepikan segala perbezaan dan berkumpul dengan satu matlamat yang sama.
Larian Kembara Perpaduan di Johor Bahru pada kali ini telah menerima sambutan hangat dengan rekod penyertaan seramai 7,000 orang peserta.
Turut hadir YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan dan pengurusan kanan Kementerian Perpaduan Negara.