SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Korporat Arrow Latar Belakang Kementerian Arrow Fungsi Bahagian Arrow Unit Komunikasi Korporat

Latar Belakang

Unit Komunikasi Korporat (UKK) ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan penyampaian serta penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

Unit Komunikasi Korporat diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, UKK hanya diperuntukkan dengan lima (5) perjawatan sahaja. Namun, struktur organisasi UKK telah diperkukuhkan dengan tambahan tujuh (7) jawatan selaras dengan Model Perjawatan UKK yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2023. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) cawangan iaitu:

  1. Cawangan Hal Ehwal Korporat
  2. Cawangan Komunikasi Strategik
  3. Cawangan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan

Objektif

  1. Menguruskan perancangan dan pelaksanaan promosi serta publisiti melalui strategi komunikasi yang komprehensif.
  2. Menyebarluaskan maklumat mengenai program/ inisiatif Kementerian kepada kumpulan sasar melalui kaedah dan medium yang strategik.
  3. Mengekalkan hubungan baik dan imej korporat Kementerian dengan pihak awam serta media.
  4. Memastikan maklum balas aduan/ cadangan pelanggan mengenai perkhidmatan Kementerian diselaraskan dan ditangani secara berkesan.

Fungsi

Cawangan Hal Ehwal Korporat

  1. Menguruskan aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian.
  2. Menguruskan penerbitan dan pendokumentasian program Kementerian.
  3. Menguruskan kandungan laman web rasmi Kementerian.
  4. Menguruskan khidmat jurugambar bagi program/aktiviti Kementerian.

Cawangan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan

  1. Menguruskan strategi dan pelan komunikasi serta promosi bagi Kementerian.
  2. Menguruskan perhubungan awam Kementerian bersama media dan pemegang taruh.
  3. Menguruskan aduan dan khidmat pelanggan Kementerian.
  4. Menguruskan hal-ehwal kewangan, kesetiausahaan, dan pentadbiran di Unit Komunikasi Korporat.

Cawangan Komunikasi Strategik

  1. Melaksanakan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan majlis rasmi Kementerian melalui media sosial dan platform digital.
  2. Menguruskan kandungan dan menerbitkan kandungan kreatif berkaitan dasar, peranan, dan program Kementerian.
  3. Memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu dan komen mengenai Kementerian dalam media sosial.
  4. Memantau penggunaan media sosial dan menyediakan laporan pemantauan dan risikan secara berterusan; dan
  5. Menyediakan info grafik/ videografik berkaitan dasar, peranan, program dan majlis rasmi Kementerian.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet