Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Latar belakang
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa berperanan untuk merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar sosial berkaitan perpaduan melalui program dan aktiviti untuk memastikan Visi dan Misi Kementerian tercapai. Bahagian ini juga menerajui usaha dalam memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa.
Objektif Bahagian
Fungsi
Latar belakang
Unit Komunikasi Korporat (UKK) berperanan sebagai penyampai dasar, aktiviti, program dan semua hebahan berkaitan perpaduan kepada pemegang taruh dan orang awam. Struktur UKK adalah seperti berikut:-
Objektif
Fungsi
Latar belakang
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa berperanan untuk merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar sosial berkaitan perpaduan melalui program dan aktiviti untuk memastikan Visi dan Misi Kementerian tercapai. Bahagian ini juga menerajui usaha dalam memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa.
Objektif Bahagian
Fungsi
Latar belakang
Bahagian Perhubungan Masyarakat diwujudkan melalui waran perjawatan Bil. A35 Tahun 2020 bertarikh 6 April 2020 seiring dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian dan mempunyai 3 Sekyen iaitu Sekyen Keharmonian Agama, Seksyen Pengurusan Perpaduan dan Sekyen Kajian Petunjuk Perpaduan.
Objektif
Objektif penubuhan Bahagian Perhubungan Masyarakat adalah untuk menyelaras usaha-usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat, memupuk keharmonian di kalangan penganut agama dan memantau serta mengesan isu dan konflik yang berpotensi menggugat perpaduan dalam masyarakat.
Fungsi
Objektif penubuhan Bahagian Perhubungan Masyarakat adalah untuk menyelaras usaha-usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat, memupuk keharmonian di kalangan penganut agama dan memantau serta mengesan isu dan konflik yang berpotensi menggugat perpaduan dalam masyarakat.
Latar belakang
Bahagian Pembangunan Masyarakat telah diwujudkan selaras dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini menerusi Seksyen Sosioekonomi dan Seksyen Kesepaduan Sosial bertanggungjawab untuk merancang dan menyelia pelaksanaan dasar, strategi/inisiatif dan keberkesanan program/aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan serta agensi di bawahnya.
Objektif
Menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat dan memupuk kesepaduan sosial menerusi jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, universiti, pusat latihan kemahiran dan sektor swasta melibatkan Jentera Perpaduan yang merangkumi Kawasan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara ke arah pembudayaan perpaduan.
Fungsi
Latar belakang
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) berperanan sebagai peneraju strategik dalam pelaksanaan program-program ICT Kementerian dan Jabatan/Agensinya. Struktur BPM adalah seperti berikut:-
1. Seksyen Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
2. Seksyen Operasi, Rangkaian dan Keselamatan
Objektif
Fungsi
Latar Belakang
Unit Integriti Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Unit ini dilihat sebagai focal point bagi mengurus isu-isu integriti dan melaksana usaha-usaha membendung salah laku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan organisasi.
Objektif
Untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, dan efisien.
Fungsi
1. Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.
2. Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
3. Pengesanan & Pengesahan
Membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
4. Pematuhan
Melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta memastikan tiada ruang dan peluang untuk warga kakitangan melakukan kesalahan daripada segi jenayah, tatakelakuan dan etika.
5. Tatatertib
Melaksanakan kerja-kerja pengurusan tatatertib dan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Latar Belakang
Kementerian Perpaduan Negara merupakan satu kementerian baru yang telah ditubuhkan pada Mac 2020. Justeru, selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Kementerian ini telah menubuhkan Unit Audit Dalam yang diberi nama Unit Audit Dalam Kementerian Perpaduan Negara (UAD KPN) pada tahun yang sama.
Objektif
Membantu Kementerian Perpaduan Negara mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dengan menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Fungsi
Latar belakang
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) merupakan sebuah unit khas bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia khususnya golongan B40.
Tahun 2008 merupakan titik permulaan bagi MITRA apabila kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar melalui Jawatankuasa Kabinet (CCIC) untuk meningkatkan penyertaan masyarakat India dalam inisiatif Kerajaan. Pada tahun 2014, empat unit berasingan telah ditubuhkan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat India Malaysia, iaitu Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas (SITF), Pelan Tindakan untuk Masa Depan Sekolah Tamil (PTST), Sekretariat Khas untuk Pemerkasaan Usahawan India (SEED) dan unit khas untuk Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC).
Seterusnya pada tahun 2017, Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) telah dilancarkan untuk mendokumentasi cabaran dan isu yang dialami oleh masyarakat India berserta dengan cadangan penyelesaian. Pada tahun yang sama keempat-empat unit tersebut telah digab
Pada tahun 2018, SEDIC telah dijenama semula sebagai MITRA yang kini diterajui oleh KPN. Antara fungsi utama MITRA adalah untuk mengenalpasti isu dan cabaran semasa masyarakat India Malaysia, melaksana inisiatif pembangunan sosioekonomi bagi masyarakat India Malaysia dan menyelaras kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta ke arah pembangunan masyarakat India Malaysia secara holistik.
MITRA telah dibahagikan kepada enam (6) buah seksyen yang berperanan untuk melaksana inisiatif pembangunan sosioekonomi masyarakat India Malaysia.
(i) Seksyen Dasar & Perancangan
Seksyen ini menyelia perancangan strategik, penggubalan dan kajian semula dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi komuniti India. Seksyen ini juga turut memberi input kepada pihak berkepentingan mengenai arah tuju MITRA dari segi inisiatif, projek dan program yang dijalankan oleh unit ini secara keseluruhannya.
(ii) Seksyen Ekonomi & Kerjaya
Fokus utama seksyen ini adalah ke arah penambahbaikan taraf kehidupan masyarakat India Malaysia sejajar dengan agenda pembangunan nasional. Inisiatif yang dirangka oleh Seksyen ini akan membolehkan lebih banyak masyarakat terlibat dalam bidang keusahawanan digital, menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang terkini dan lebih bersedia untuk peluang pekerjaan baru.
(iii) Seksyen Kesejahteraan Sosial
Seksyen ini berfungsi untuk menambahbaik sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, dan sosial di peringkat komuniti. Antara fungsi utama Seksyen ini adalah untuk meningkatkan peluang masyarakat India Malaysia khususnya yang dikategorikan sebagai B40 untuk mendapatkan bantuan dan sokongan kebajikan yang sedia ada. Kesejahteraan sosial merupakan faktor utama ke arah mencapai perpaduan dan kestabilan sosial, daya tahan dan kemakmuran masyarakat India Malaysia secara keseluruhan.
(iv) Seksyen Pendidikan & Latihan
Seksyen ini menekankan kepentingan pendidikan dan pembelajaran bagi semua segmen masyarakat, termasuk kanak-kanak, pelajar, remaja dan belia serta orang dewasa. Seksyen in berfungsi untuk memastikan pencapaian yang seimbang dalam pengetahuan, kemahiran serta nilai moral. Aspirasi pendidikan dan latihan adalah berlandaskan enam faktor termasuk etika dan kerohanian, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.
(v) Seksyen Identiti & Keterangkuman
Seksyen ini berfungsi sebagai agen transformasi dalam inisiatif yang berkaitan dengan aspek agama, kerohanian dan kefahaman budaya. Inisiatif tersebut akan menggalakkan pemikiran bermoral, tingkah laku yang baik serta gaya hidup yang sederhana dalam masyarakat melalui agama dan kerohanian yang seterusynya menghasilkan masyarakat India Malaysia yang holistik dari segi fizikal, emosi dan rohani.
(vi) Seksyen Pelaksanaan Strategi
Sekyen ini berfungsi sebagai agen pelengkap kepada kesemua inisiatif dan perancangan MITRA bagi memastikan pelaksanaan yang lebih berstruktur, efisien dan menyeluruh. Bahagian ini akan menyelaras dan bekerjasama dengan seksyen dalaman MITRA dan stakeholders lain bagi pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi yang telah dirancang.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Kementerian Perpaduan Negara
Tarikh Kemaskini : 25/02/2021