FAQ SOALAN LAZIM

BERKAITAN SOP TAHUN BARU CINA 2021  

 

 

A. MAKAN BESAR KELUARGA (FAMILY REUNION DINNER)

1. Adakah makan besar keluarga dibenarkan?

Jawapan:
Ya. Makan Besar Keluarga (Family Reunion Dinner) DIBENARKAN tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

2. Bilakah makan besar keluarga dibenarkan?

Jawapan:
Hanya pada 11 Februari 2021 (Khamis) sahaja.

3. Sekiranya saya tinggal dalam lingkungan 10 km dari rumah keluarga di mana makan besar keluarga akan diadakan tetapi rumah kediaman saya terletak daerah bersebelahan. Bolehkah saya menghadiri Makan Besar Keluarga?

Jawapan:
Tidak dibenarkan merentas daerah untuk menghadiri Makan Besar Keluarga. Hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

4. Berapakah orang yang dibenarkan dalam kenderaan pergi balik Makan Besar Keluarga pada 11 Februari 2021?

Jawapan:
Mengikut SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh MKN yang dikemaskini pada 4 Februari 2021, hanya dua (2) orang sahaja dibenarkan

5. Apakah yang dimaksudkan keluarga terdekat?

Jawapan:
Keluarga terdekat adalah suami isteri, ibu bapa, anakanak dan adik beradik

B. AKTIVITI SEMBAHYANG

1. Adakah aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat sempena Tahun Baru Cina dibenarkan?

Jawapan:
Aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat DIBENARKAN dengan syarat-syarat seperti berikut:


a. Tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal;
b. Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya;
c. Tarikh yang dibenarkan adalah pada 11, 12 dan 19 Februari 2021 (3 hari sahaja); dan
d. Jadual waktu sembahyang bermula pada jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang

2. Adakah aktiviti sembahyang pada waktu malam dibenarkan bagi ‘Hokkien Clan’ pada 19 Februari 2021 yang merupakan Tahun Baru bagi ‘Hokkien Clan’?

Jawapan:
Dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam 19 Februari 2021

3. Bagi aktiviti sembahyang pada waktu malam 19 Februari 2021, anjung rumah (‘porch’) saya tidak cukup luas untuk aktiviti sembahyang, adakah saya dibenarkan sembahyang di luar anjung depan rumah saya?

Jawapan:
Dibenarkan selagi aktiviti sembahyang dilakukan dalam perkarangan rumah masing-masing tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

4. Sempena Tahun Baru Cina, saya akan pergi sembahyang nenek moyang di ‘Ancestral Home’. Adakah ‘Ancestral Home’ merupakan Rumah Ibadat?

Jawapan:
Ya dan aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat sempena Tahun Baru Cina dibenarkan dengan syarat-syarat SOP yang ditetapkan seperti di para B1.

5. Dimana saya boleh merujuk jadual waktu sembahyang atau aktiviti keagamaan di Rumah Ibadat sempena Tahun Baru Cina?

Jawapan:
Jadual tersebut boleh didapati dalam Laman Web Rasmi Kementerian Perpaduan Negara


Dikemaskini pada:-8 Februari 2021


 

 

FAQ SOALAN LAZIM

BERKAITAN PEMBUKAAN RUMAH-RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM  

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 

 

Soalan :
Adakah Rumah Ibadat Bukan Islam boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Jawapan:
Semua rumah ibadat DITUTUP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Sabah, Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Soalan :
Jika rumah ibadat ditutup, adakah upacara keagamaan semua agama dihentikan?

Jawapan:
Walaupun para penganut agama tidak dibenarkan hadir dan rumah ibadat ditutup, namun 6 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat DIBENARKAN bertugas untuk upacara keagamaan mengikut agama masing-masing dalam rumah ibadat. 6 orang Ahli Jawatankuasa rumah ibadat ini WAJIB MEMATUHI SOP Perintah Kawalan Pergerakan seperti pemeriksaan suhu dan berkeadaan sihat, memakai pelitup muka, menggunakan hand sanitizer, memastikan penjarakkan fizikal dan menjaga kebersihan premis. 6 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat perlu segera menutup rumah ibadat sebaik sahaja selesai upacara keagamaan dan tidak dibenarkan sebarang bentuk aktiviti berkumpulan

Soalan :
Adakah 6 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat ini perlu mendapat kebenaran PDRM untuk berada dalam rumah ibadat?

Jawapan:
Tidak perlu. Kementerian Perpaduan Negara akan memanjangkan surat pemakluman kepada semua badan dan pertubuhan agama mengenai kebenaran 6 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat bertugas di dalam rumah ibadat. Justeru itu, Jawatankuasa Rumah Ibadat perlu memaklumkan kepada PDRM sekiranya PDRM membuat pemantauan. Pematuhan kepada SOP PKPB adalah amat ditekankan kerana pelanggaran kepada SOP PKPB akan dikenakan kompaun serta merta oleh PDRM.

Soalan :
Sekiranya ada pertanyaan, siapa yang perlu dihubungi?

Jawapan:
Pertanyaan berkaitan premis Rumah Ibadat sepanjang tempoh Perintah KAwalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh menghubungi:

Puan Nurul Akmalina binti Shamsuddin
Seksyen Keharmonian Agama
Bahagian Perhubungan Masyarakat
Kementerian Perpaduan Negara
Tel : 012- 6192619
Emel : nurul@perpaduan.gov.my


 

 

FAQ SOALAN LAZIM

BERKAITAN PEMBUKAAN RUMAH-RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM  

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 

 

1. Adakah semua rumah-rumah ibadat dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Hanya rumah-rumah ibadat yang berada di dalam Zon Hijau dan telah mendapat kebenaran MKN dan KKM sahaja yang dibenarkan beroperasi MULAI 10 Jun 2020. Tempoh kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada masa-masa yang dibenarkan sahaja.

 

2. Adakah SOP telah melibatkan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang berkenaan?

SOP ini telah dibincangkan bersama KKM dan MKN serta semua wakil-wakil badan agama dari enam (6) agama utama. Susulan itu, SOP ini telah diluluskan didalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 21 Mei 2020.

 

3. Apakah perkara-perkara yang perlu dipatuhi penganut-penganut agama semasa melakukan ibadat di rumah-rumah ibadat?


BILANGAN KEHADIRAN

  1. Jawatankuasa pengurusan rumah ibadat hendaklah memastikan semua penganut agama faham dan patuh kepada garis panduan yang disediakan;

 

  1. Penganut yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan selesema tidak dibenarkan hadir. Penganut yang mempunyai masalah seperti kencing manis, kanser dan sebagainya tidak digalakkan hadir:
  2. Penanda jarak (1 meter) wajib diletakkan di lantai, tidak mudah tanggal dan mudah dilihat; dan
  3. Penganut agama yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.


SEBELUM MASUK KE RUMAH IBADAT

 

  1. Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat sebelum atau selepas selesai upacara keagamaan.

 

SEMASA BERADA DALAM RUMAH IBADAT

 

  1. Penganut agama hendaklah dengan tertib berada di tempat yang telah disediakan oleh jawatankuasa pengurusan rumah ibadat;
  2. Bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang atau kurang,tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut; dan
  3. Dilarang berkumpul dalam ruang atau dewan beribadat

 

SELEPAS ACARA KEAGAMAAN DALAM RUMAH IBADAT

 

  1. Penganut agama hendaklah terus bersurai selepas selesai melaksanakan upacara keagamaan;
  2. Jangan berebut-rebut masuk ke dalam rumah ibadat dan tidak digalakkan menyentuh pintu;
  3. Penganut agama perlu bersurai dalam keadaan tenang dan keluar melalui pintu yang ditetapkan secara tertib; dan
  4. Tidak bersentuhan antara satu sama lain sepanjang berada di dalam rumah ibadat.

 

4. Apakah tanggungjawab utama yang perlu dimainkan oleh pihak pengurusan badan-badan agama sebelum membenarkan penganut-penganut agama mereka menjalankan upacara keagamaan di dalam rumah-rumah ibadat?

 

SEBELUM MASUK KE RUMAH IBADAT

 

  1. Membuka kaunter saringan kesihatan di pintu masuk bertujuan menghadkan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala seperti demam,batuk, sesak nafas dan selesema. Hanya penganut agama yang sihat sahaja dibenarkan masuk;
  2. Read More

AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN