Latar Belakang
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ialah suatu Bahagian yang berperanan memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisien dan cekap kepada Bahagian/ Unit di kementerian.
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, BPM hanya diperuntukkan dengan 76 perjawatan. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, struktur organisasi BKP berubah dengan pengasingan tiga (3) seksyen terdahulu yang berkembang menjadi Bahagian baharu iaitu Seksyen Sumber Manusia, Seksyen Pembangunan serta Seksyen Kewangan dan Perolehan. Susulan pengasingan tersebut, perjawatan BKP berkurangan kepada 43 perjawatan dan terdiri daripada dua Seksyen iaitu:
- Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Aset
- Seksyen Pengurusan Kualiti dan Inovasi
Objektif
Untuk memberi bantuan khidmat nasihat dan sokongan yang efisien dan cekap dalam aspek pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan aset serta pembangunan di peringkat Kementerian Perpaduan Negara.
Fungsi
- Merancang, membangun dan menyelaras urusan pembangunan organisasi yang meliputi pewujudan, pengreddan semula, pemansuhan jawatan serta penyusuan semula struktur organisasi Kementerian dan agensi di bawahnya;
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan warga kerja di Kementerian dan agensi di bawahnya merangkumi urusan pelantikan, penempatan, pembayaran gaji, pengesahan lantikan, kenaikan pangkat, peletakan jawatan dan pesaraan;
- Menyelaras urusan pembangunan kerjaya melalui penganjuran kursus/ latihan/ bengkel kepada warga kerja Kementerian dan agensi di bawahnya;
- Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan bagi projek-projek di bawah Kementerian dan agensi di bawahnya;
- Mengurus hal ehwal belanjawan mengurus, perolehan, pembayaran dan penyelengaraan akaun Kementerian mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan cekap, ekonomik dan berkesan;
- Menyediakan khidmat pengurusan hal ehwal pentadbiran am, pengurusan aset dan rekod, keselamatan dan penyelenggaraan bangunan bagi memastikan objektif Kementerian tercapai dengan jayanya;
- Merancang, mengurus dan melaksanakan majlis utama kementerian dengan teratur dan sempurna serta berkualiti mengikut protokol dan garis panduan yang telah ditetapkan memastikan perjalanan majlis berjalan lancar dan teratur;
- Merancang, menyelaras dan memantau prestasi projek-projek pembangunan kementerian dan agensi di bawahnya; dan
- Pengurusetiaan Jawatankuasa Penyelaras/ Induk dan mesyuarat berkaitan dengan fungsi sumber manusia, kewangan, pembangunan dan pentadbiran Kementerian.