SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Korporat Arrow Latar Belakang Kementerian Arrow Tadbir Urus Perpaduan Arrow Mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan (MExUnity)

Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah Dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity)

Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah Dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk menyokong MPPN. MExUnity dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara manakala keahliannya adalah terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Perpaduan di setiap negeri dan EXCO Hal-Ehwal Agama Selain Islam. Ahli-ahli Jawatankuasa ini dilantik oleh YB Menteri Perpaduan Negara. Jawatankuasa ini akan bersidang setiap dua (2) kali setahun manakala sekretariat bagi Jawatankuasa ini adalah Kementerian Perpaduan Negara.

Terma Rujukan bagi MExUnity adalah :

  1. Menjadi forum untuk membincangkan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri dan EXCO Hal-Ehwal Agama Selain Islam;
  2. Melaksanakan langkah-langkah yang patut dan perlu diambil bagi menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang timbul serta cadangan untuk memupuk keharmonian dan perpaduan negara lebih mantap;
  3. Melaksanakan strategi komunikasi berkesan untuk menghentikan sebarang penularan isu perkauman dan pergeseran salah faham agama demi kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat; dan
  4. Meneliti keperluan menggubal atau membuat pindaan terhadap mana-mana dasar dan perundangan Kementerian Perpaduan Negara ke arah menghormati dan menghargai kepelbagaian, keharmonian masyarakat dan ketenteraman negara.

MEXUNITY1

MEXUNITY1

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet