SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Korporat Arrow Latar Belakang Kementerian Arrow Fungsi Bahagian Arrow Bahagian Akaun

Latar Belakang

Bahagian Akaun (BA) ialah suatu Bahagian yang berperanan untuk meningkatkan keberkesanan dan ketelusan pengurusan akaun dan kewangan di kementerian.

Di awal penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020, urusan perakaunan Kementerian diletakkan di bawah tadbir urus Cawangan Pengurusan Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan. Namun, pada 2 Ogos 2021, Cawangan Pengurusan Akaun telah beroperasi secara berasingan melalui pewujudan Bahagian Akaun dengan sembilan (9) perjawatan tetap dan tujuh (7) jawatan kontrak OS29000. Seterusnya, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, struktur organisasi Bahagian Akaun telah diperkukuhkan dengan tambahan 11 jawatan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 20 perjawatan. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu:

  1. Seksyen Perakaunan Pengurusan
  2. Seksyen Perundingan dan Pemantauan
  3. Seksyen Perakaunan Kewangan

Objektif

  1. Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan.
  2. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada pemegang taruh.
  3. Memastikan transaksi kewangan diuruskan dengan tepat dan mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
  4. Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
  5. Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu pengurusan atasan dalam pembuatan keputusan.

Fungsi

SEKSYEN PERAKAUNAN PENGURUSAN:

  1. Menguruskan perakaunan kos Kementerian termasuklah OBB.
  2. Menguruskan analisa penyata kewangan dan risiko Kementerian.
  3. Menguruskan analisis pengukuhan prestasi dan perakaunan dan sumber Kementerian.
  4. Menguruskan penyediaan SMART Kementerian.
  5. Menguruskan pemantauan dan analisis MyCost.
  6. Menyelaras Mesyuarat laporan dan maklumat

SEKSYEN PERUNDINGAN & PEMANTAUAN

  1. Menguruskan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan (Aset, Belanja, Hasil, Liabiliti/ Amanah, Deposit, Panjar) dan laporan naziran untuk keperluan pengurusan risiko (Kewangan).
  2. Menguruskan Dokumen Akaun Terimaan, menilai dan menganalisis pengurusan terimaan di Pejabat Pemungut (PP).
  3. Menguruskan khidmat dan perundingan Kementerian berkaitan perakaunan dan kewangan kepada PTJ.
  4. Menyemak permohonan kelulusan reka bentuk sistem yang melibatkan modul perakaunan dan kewangan sebelum dihantar ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
  5. Memproses permohonan Capaian iGFMAS, permohonan Token GPKI dan pengurusan Helpdesk iGFMAS.
  6. Memproses permohonan pendaftaran/ pengemaskinian/ penamatan pembekal dan penerima bayaran di Sistem iGFMAS dan Sistem eVendor.
  7. Merancang dan mengenal pasti keperluan latihan perakaunan bagi tujuan pemantapan kemahiran serta membuat analisa keberkesanan latihan yang dianjurkan.

SEKSYEN PERAKAUNAN KEWANGAN:

  1. Menguruskan penyediaan Penyata Kewangan Kementerian secara bulanan dan tahunan mengikut MPSAS 1.
  2. Menguruskan proses dana bagi akaun bank utama Kementerian, Akaun Bank Terimaan, Akaun Bank Bayaran dan Akaun Bank EFT.
  3. Menguruskan semua akaun deposit bagi EFT, Cek Batal, Penolakan, pengurusan panjar, dan akaun subsidiari dalam sistem iGFMAS-Sub Modul LMS.
  4. Menguruskan dan memantau pelaporan akaun Amanah seksyen 9 dan akaun Amanah seksyen 10 serta menyediakan Penyata Penyesuaian akaun Amanah kepada BPOPA secara bulanan.
  5. Menguruskan dan memantau Akaun Belum Terima (ABT) dan Akaun Belum Bayar (ABB) Pusat Tanggungjawab (PTJ) secara berkala.
  6. Menguruskan perakaunan Aset dan Liabiliti Pajakan Kewangan.
  7. Menyediakan Laporan Perbezaan Baki Aset Bukan Kewangan secara sukuan & Laporan Susut Nilai Aset secara bulanan.
  8. Memantau aktiviti pengumpulan data baki awal aset /liabiliti dan menyemak ketepatan data yang telah dimuatkan naik ke dalam sistem iGFMAS secara kaedah migrasi.
  9. Menguruskan khidmat nasihat berhubung pengendalian dan pengurusan akaun aset berdasarkan polisi dan piawaian Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS).
  10. Menguruskan proses semakan dokumen Arahan Pembayaran (AP)- Tanpa Pesanan Tempatan dan dokumen pesanan tempatan/ tanggungan kontrak – ePerolehan dan iGFMAS dan Akaun Belum Bayar.
  11. Menguruskan pengurusan permohonan pewujudan, pembatalan, pindaan akaun pukal Agensi Pukal, menguruskan proses bil pukal.
  12. Menguruskan permohonan AP58a dan AP96, pindahan telegrafik (TT) dari Jabatan, pemantauan penyediaan dan pelaporan prestasi bil 14 hari, proses bayaran gaji bulanan regular cycle dan daily rated.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet