3 Disember 2021 – Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan K Presint 11 telah menganjurkan aktiviti bermain bolasepak di Padang Sintetik, Presint 8 sempena cuti khas yang diumumkan bagi meraikan kejayaan kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC yang telah berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia edisi ke 100 tahun.
Faktor usia bukan merupakan halangan untuk aktif bersukan dan menjadi salah satu platform dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara AJK KRT dan komuniti setempat.
Aktiviti ini telah disertai oleh golongan muda dan ‘otai-otai’ yang pastinya sudah lama merindui untuk beraksi di atas padang setelah tempoh kawalan pergerakan COVID-19. Aktiviti dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa dengan kehadiran para peserta sahaja.