SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
previous arrow
next arrow
Slider
PENGUMUMAN :
Tiada pengumuman buat masa ini.
Tiada pengumuman buat masa ini

 

PERKHIDMATAN TERAS KEMENTERIAN

Pautan Pantas

PautanPantas
SEBUTHARGA
& TENDER
PautanPantas
PROSEDUR OPERASI
STANDARD (SOP)
PautanPantas
KALENDER
AKTIVITI
PautanPantas
DATA
TERBUKA
PautanPantas
E-BOOK
PERPADUAN
PautanPantas
DIREKTORI
PEGAWAI
PautanPantas
EPENYERTAAN
PautanPantas
INFOGRAFIK

Latar Belakang

Bahagian Kesepaduan Nasional dipertanggungjawabkan menyelaras dan memantau hal ehwal integrasi nasional dan menguruskan jaringan kerjasama dengan pemegang taruh dalam ekosistem perpaduan.

Bahagian Kesepaduan Nasional (BKN) diwujudkan di bawah penstrukturan semula Kementerian pada 1 Ogos 2024. Secara umumnya, BKN ditubuhkan melalui penyelarasan semula fungsi dua (2) bahagian terdahulu iaitu Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Bahagian Perhubungan Masyarakat. Struktur organisasi BKN terdiri daripada 20 perjawatan dan dibahagikan kepada tiga (3) seksyen iaitu:

  1. Seksyen Integrasi Nasional
  2. Seksyen Ekosistem Perpaduan
  3. Seksyen Kenegaraan

Objektif

  1. Memastikan pengurusan isu-isu/ insiden yang berupaya untuk menggugat keharmonian dan perpaduan negara dikawal dengan baik dan efektif.
  2. Menghubungkan jalinan kerjasama dengan pemegang taruh berkaitan bagi memastikan ekosistem perpaduan negara sentiasa utuh dan berupaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
  3. Memperkukuh perpaduan nasional melalui integrasi perpaduan dengan pemuliharaan khazanah warisan, pelestarian memori institusi negara dan pemerkasaan budaya ilmu.

Fungsi

SEKSYEN INTEGRASI NASIONAL:

  1. Menguruskan isu, konflik dan insiden perpaduan negara.
  2. Menguruskan program intervensi dan mediasi.
  3. Menguruskan pengurusetiaan Jawatankuasa Penyelarasan Isu-isu Perpaduan Negara dan Jawatankuasa HARMONI.
  4. Menguruskan pengemaskinian data Rumah Ibadat Selain Islam dan sistem ePower.

SEKSYEN EKOSISTEM PERPADUAN:

  1. Menyelaras perancangan pelaksanaan pengukuhan Program Khidmat Komuniti.
  2. Menyelaras perancangan, penambahbaikan, pemantauan pelaksanaan Tabika/ Taska Perpaduan dan menjalankan Kerjasama dengan pelbagai agensi bagi Pendidikan Awal Kanak-kanak.
  3. Menyelaras perancangan pelaksanaan program/ aktiviti berkaitan kesepaduan nasional dan ekosistem perpaduan yang melibatkan pihak Kerajaan, Swasta, Komuniti dan Mahasiswa/ belia.

SEKSYEN KENEGARAAN:

  1. Menguruskan Garis Panduan/ Dasar Operasi serta program-program yang dilaksanakan oleh Muzium Negara Malaysia (JMM), Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
  2. Menguruskan pelaksanaan Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).
  3. Menguruskan aktiviti / program berkaitan jati diri dan penerapan nilai perpaduan / patriotisme bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) ialah suatu Bahagian yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan struktur organisasi dan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, latihan kakitangan dan peperiksaan serta urusan-urusan berkaitan prestasi dan kemajuan kerjaya pegawai.

Di awal penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020, urusan sumber manusia Kementerian diletakkan di bawah tadbir urus Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, Seksyen Sumber Manusia telah beroperasi secara berasingan melalui pewujudan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan peruntukkan sebanyak 28 perjawatan. Bahagian ini terdiri daripada dua (2) Seksyen iaitu:

  1. Seksyen Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Psikologi & Prestasi
  2. Seksyen Pembangunan Organisasi, Latihan dan HRMIS

Objektif

  1. Menghasilkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.
  2. Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagian.
  3. Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagia.

Fungsi

SEKSYEN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN LATIHAN:

  1. Menguruskan pembangunan organisasi dan pengukuhan perjawatan.
  2. Menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai.
  3. Menguruskan permohonan pelantikan secara kontrak/ peminjaman, pertukaran sementara/ dan Personel MySTEP.
  4. Menyelaras pengurusan permohonan pertukaran Ketua Perkhidmatan.
  5. Menguruskan pembangunan sumber manusia dan penyelarasan latihan serta kursus.
  6. Menguruskan sistem HRMIS Kementerian.
  7. Menguruskan pengemaskinian data perjawatan Kementerian dan Jabatan.
  8. Menguruskan penyelarasan peperiksaan perkhidmatan dan jabatan.

SEKSYEN PERKHIDMATAN DAN PRESTASI:

  1. Menguruskan hal ehwal perkhidmatan warga Kementerian.
  2. Menguruskan penyelarasan Sasaran Kerja Utama (SKU) Warga Kementerian.
  3. Menguruskan penyelarasan Laporan Penilaian Prestasi warga Kementerian.
  4. Menguruskan pelaksanaan pengiktirafan pingat dan darjah kebesaran Negeri.
  5. Menguruskan penyelarasan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
  6. Menguruskan Mesyuarat MBJ dan PPSM.
  7. Menguruskan aktiviti Aplikasi Psikologi.
  8. Menguruskan intervensi pegawai dalam tempoh pemerhatian.
  9. Menguruskan khidmat konsultasi psikologi dan kaunseling.

Latar Belakang

Bahagian Kewangan dan Pembangunan (BKEP) ialah suatu Bahagian yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan pengurusan kewangan dan penyelarasan pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawal selia Kementerian.

Di awal penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020, urusan kewangan dan pembangunan Kementerian diletakkan di bawah tadbir urus Seksyen Kewangan dan Perolehan serta Seksyen Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, kedua-dua seksyen tersebut telah beroperasi secara berasingan melalui pewujudan Bahagian Kewangan dan Pembangunan dengan peruntukkan sebanyak 32 perjawatan. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu:

  1. Seksyen Kewangan
  2. Seksyen Perolehan
  3. Seksyen Pembangunan

Objektif

  1. Memastikan pengurusan kewangan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
  2. Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian serta memantau kemajuan prestasi fizikal dan kewangan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian.

Fungsi

SEKSYEN KEWANGAN

Pelaksanaan & penyelarasan:

  1. Menguruskan Anggaran Belanjawan Mengurus Kementerian
  2. Menguruskan Bayaran dan Emolumen Kementerian.
  3. Menguruskan Penyaluran peruntukan kepada program/ aktiviti
  4. Menguruskan kawalan dan penilaian prestasi perbelanjaan kementerian
  5. Menguruskan Perakaunan Bayaran, Terimaan, Amanah, Aset dan Pelaporan Penyata Kewangan Kementerian
  6. Menguruskan Tadbir Urus Akaun Belum Bayar (ABB) dan Akaun Belum Terima (ABT)
  7. Menguruskan Khidmat nasihat bagi Pengurusan Kewangan

SEKSYEN PEROLEHAN:

  1. Menguruskan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan.
  2. Menguruskan lembaga Lembaga Perolehan, Jawatankuasa Sebut Harga dan Pasukan Petugas ePerolehan Kementerian
  3. Menguruskan Pentadbiran kontrak perolehan bekalan, perkhidmatan dan perunding (Kajian Bukan Fizikal) Kementerian
  4. Menguruskan permohonan kelulusan khas Pegawai Pengawal dan Kementerian Kewangan.
  5. Menguruskan Permohonan tiket penerbangan (PO/WPUA)
  6. Menguruskan Padanan Bayaran Perolehan Kementerian
  7. Menguruskan Khidmat Nasihat Urusan Perolehan.

SEKSYEN PEMBANGUNAN:

  1. Menguruskan keperluan kemudahan fizikal Kementerian dan Jabatan
  2. Menguruskan projek Kementerian secara menyeluruh terhadap pelaksanaan projek jabatan dan agensi di bawah Kementerian
  3. Menguruskan permohonan Anggaran belanjawan Projek dan Program baharu dan sambungan bagi setiap Rancangan Lima Tahun Kementerian.
  4. Menguruskan Pengemaskinian pelaporan projek dalam Sistem MyProjek.
  5. Menguruskan perancangan Penilaian Outcome Projek dan Program.
  6. Menguruskan khidmat Nasihat Teknikal.

Latar Belakang

Bahagian Pembangunan Masyarakat telah diwujudkan selaras dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini menerusi Seksyen Sosioekonomi dan Seksyen Kesepaduan Sosial bertanggungjawab untuk merancang dan menyelia pelaksanaan dasar, strategi/ inisiatif dan keberkesanan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan serta agensi di bawahnya.

Bahagian ini berfungsi dengan tiga (3) Seksyen seperti berikut:

  1. Seksyen Kolaborasi Strategik
  2. Seksyen Kesepaduan Sosial
  3. Seksyen Naziran

Objektif

Menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat dan memupuk kesepaduan sosial menerusi jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, universiti, pusat latihan kemahiran dan sektor swasta melibatkan Jentera Perpaduan yang merangkumi Kawasan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara ke arah pembudayaan perpaduan.

Fungsi

  1. Merancang dan menyelaras isu-isu kemasyarakatan/ komuniti di semua peringkat melalui entiti jentera perpaduan;
  2. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar, strategi/ inisiatif dan keberkesanan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial;
  3. Merancang, meneroka dan menyelaras kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, universiti, pusat latihan kemahiran dan sektor swasta dalam pelaksanaan program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial;
  4. Mengadakan lawatan dan naziran bagi program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial secara berkala agar memastikan program dicapai mengikut sasaran dan outcome yang ditetapkan;
  5. Menyelaras, memudah cara dan menilai kebolehlaksanaan program/ aktiviti kesejahteraan sosial berteraskan perpaduan dan keharmonian oleh badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan sektor swasta;
  6. Menyediakan input, petunjuk prestasi, maklum balas dan pelaporan program/ aktiviti; dan
  7. Mengemas kini dan menyelenggara data/ maklumat bagi tujuan perancangan, kajian semula, penyelidikan, intervensi dan penilaian program/ aktiviti sosioekonomi dan kesejahteraan sosial.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet