SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
previous arrow
next arrow
Slider
PENGUMUMAN :
Tiada pengumuman buat masa ini.
Tiada pengumuman buat masa ini

 

PERKHIDMATAN TERAS KEMENTERIAN

Pautan Pantas

PautanPantas
SEBUTHARGA
& TENDER
PautanPantas
PROSEDUR OPERASI
STANDARD (SOP)
PautanPantas
KALENDER
AKTIVITI
PautanPantas
DATA
TERBUKA
PautanPantas
E-BOOK
PERPADUAN
PautanPantas
DIREKTORI
PEGAWAI
PautanPantas
EPENYERTAAN
PautanPantas
INFOGRAFIK

Latar Belakang

Bahagian Perhubungan Masyarakat diwujudkan melalui waran perjawatan Bil. A35 Tahun 2020 bertarikh 6 April 2020 seiring dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Bahagian ini diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian dan mempunyai 3 Sekyen iaitu;

  1. Sekyen Keharmonian Agama
  2. Seksyen Pengurusan Perpaduan
  3. Sekyen Kajian Petunjuk Perpaduan.

Objektif

Objektif penubuhan Bahagian Perhubungan Masyarakat adalah untuk menyelaras usaha-usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat, memupuk keharmonian di kalangan penganut agama dan memantau serta mengesan isu dan konflik yang berpotensi menggugat perpaduan dalam masyarakat.

Fungsi

Objektif penubuhan Bahagian Perhubungan Masyarakat adalah untuk menyelaras usaha-usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat, memupuk keharmonian di kalangan penganut agama dan memantau serta mengesan isu dan konflik yang berpotensi menggugat perpaduan dalam masyarakat.

  1. Memantau, mengesan dan menganalisa isu/ konflik/ insiden yang berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan negara;
  1. Menyelaras, memantau dan menyediakan Laporan Pengesanan Isu Keharmonian dan Perpaduan Masyarakat kepada pengurusan tertinggi Kementerian;
  1. Menyediakan input, menganalisa dan melaporkan hasil kajian indikator-indikator berkaitan perpaduan dan keharmonian rakyat;
  1. Merancang dan menyelaras program/ aktiviti hubungan komuniti (contoh: mediasi, Taska/ Tabika);
  1. Menguruskan hal-ehwal berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan Jawatankuasa Keharmonian antara Penganut Agama (HARMONI);
  1. Memelihara, meningkat dan mengukuhkan jalinan hubungan antara badan/ persatuan agama lain selain Islam;
  1. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti badan/ persatuan agama lain selain Islam; dan
  1. Menyelaras dan memantau isu isu serta permasalahan berkaitan hubungan antara agama lain selain Islam.

Latar Belakang

Unit Komunikasi Korporat (UKK) ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan penyampaian serta penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

Unit Komunikasi Korporat diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, UKK hanya diperuntukkan dengan lima (5) perjawatan sahaja. Namun, struktur organisasi UKK telah diperkukuhkan dengan tambahan tujuh (7) jawatan selaras dengan Model Perjawatan UKK yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2023. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) cawangan iaitu:

  1. Cawangan Hal Ehwal Korporat
  2. Cawangan Komunikasi Strategik
  3. Cawangan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan

Objektif

  1. Menguruskan perancangan dan pelaksanaan promosi serta publisiti melalui strategi komunikasi yang komprehensif.
  2. Menyebarluaskan maklumat mengenai program/ inisiatif Kementerian kepada kumpulan sasar melalui kaedah dan medium yang strategik.
  3. Mengekalkan hubungan baik dan imej korporat Kementerian dengan pihak awam serta media.
  4. Memastikan maklum balas aduan/ cadangan pelanggan mengenai perkhidmatan Kementerian diselaraskan dan ditangani secara berkesan.

Fungsi

Cawangan Hal Ehwal Korporat

  1. Menguruskan aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian.
  2. Menguruskan penerbitan dan pendokumentasian program Kementerian.
  3. Menguruskan kandungan laman web rasmi Kementerian.
  4. Menguruskan khidmat jurugambar bagi program/aktiviti Kementerian.

Cawangan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan

  1. Menguruskan strategi dan pelan komunikasi serta promosi bagi Kementerian.
  2. Menguruskan perhubungan awam Kementerian bersama media dan pemegang taruh.
  3. Menguruskan aduan dan khidmat pelanggan Kementerian.
  4. Menguruskan hal-ehwal kewangan, kesetiausahaan, dan pentadbiran di Unit Komunikasi Korporat.

Cawangan Komunikasi Strategik

  1. Melaksanakan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan majlis rasmi Kementerian melalui media sosial dan platform digital.
  2. Menguruskan kandungan dan menerbitkan kandungan kreatif berkaitan dasar, peranan, dan program Kementerian.
  3. Memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu dan komen mengenai Kementerian dalam media sosial.
  4. Memantau penggunaan media sosial dan menyediakan laporan pemantauan dan risikan secara berterusan; dan
  5. Menyediakan info grafik/ videografik berkaitan dasar, peranan, program dan majlis rasmi Kementerian.

Latar Belakang

Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dipertanggungjawabkan untuk merancang, menggubal, menyelaras, memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar sosial berkaitan perpaduan melalui program dan aktiviti untuk memastikan Visi dan Misi Kementerian tercapai. Bahagian ini juga menerajui usaha dalam memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa.

Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, BDHA hanya diperuntukkan dengan 22 perjawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, struktur organisasi BDHA telah diperkukuhkan dengan tambahan lima (5) jawatan menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan ialah 25 jawatan. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu:

  1. Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik
  2. Seksyen Keurusetiaan Strategik
  3. Seksyen Hubungan Antarabangsa

Objektif

  1. Merealisasikan pelaksanaan dasar-dasar perpaduan negara oleh semua pihak demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.
  2. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap Dasar Perpaduan Negara melalui perkongsian pintar (Smart Partnership) bersama kementerian yang berkaitan serta pihak swasta dan Badan Bukan kerajaan.

Fungsi

SEKSYEN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK:

  1. Merangka, menggubal, memantau dan menilai dasar / pelan strategik di bawah Kementerian
  2. Menyelaras maklum balas / pelaporan RMK, OBB dan UPAB
  3. Merancang, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan MPI dan KPI Tier Kementerian
  4. Merancang dan menyelaras persiapan Persidangan Parlimen
  5. Menyelaras penyediaan Memorandum / Nota Jemaah Menteri
  6. Mengenal pasti, menyelaras dan melaksanakan kajian-kajian sosial berdasarkan kepada hala tuju Kementerian
  7. Menyelia urusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan perolehan bahagian

SEKSYEN KEURUSETIAAN STRATEGIK:

  1. Mengurus, merancang, melaksanakan, memantau dan mengurus setia mesyuarat yang dipengerusikan oleh PM, TPM, Menteri dan KSU seperti berikut – MPPN, MExUnity, Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi
  2. Mengurus hal ehwal berkaitan pentadbiran Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Negara bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) seperti:
  3. Melantik ahli MPPN dan MExUnity.
  4. Merancang jadual mesyuarat dan aktiviti MPPN dan MExUnity selaras dengan terma rujukan yang ditetapkan.

SEKSYEN HUBUNGAN ANTARABANGSA:

  1. Mengenal pasti dan menyelaras program-program kerjasama di peringkat antarabangsa.
  2. Menyelaras sesi kunjungan hormat delegasi dari luar negara.
  3. Menyelaras program Lawatan Kerja Rasmi Luar Negara melibatkan YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kementerian / Jabatan.
  4. Menyelaras input Kementerian dan Agensi bagi pelaporan Laporan Pemantauan Saranan Perkembangan Penilaian Sejagat (Universal Periodic Review (UPR).

Latar Belakang

Sekretariat Majlis Perpaduan (SMP) yang diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) merupakan satu sekretariat khas bertanggungjawab menyelaras dan menguruskan semua hal-ehwal berkaitan dengan pentadbiran dan pengoperasian Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) dan Jawatankuasa Perpaduan (MExUnity). Pada asalnya sekretariat ini dikenali sebagai Sekretariat Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) ketika Sekretariat ini ditempatkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).  Namun, berikutan penubuhan KPN mulai 10 Mac 2020, Sekretariat MPKR telah dimansuhkan dan digantikan dengan SMP.

Objektif

Objektif penubuhan Sekretariat Majlis Perpaduan (SMP) adalah bagi menyediakan forum untuk ahli-ahli MPPN dan MExUnity yang terdiri daripada pelbagai sektor masyarakat untuk mengemukakan buah fikiran bagi menentukan hala tuju pembangunan dasar perpaduan negara dan mengukuhkan usaha-usaha ke arah perpaduan nasional demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Fungsi

  1. Mengurus hal ehwal berkaitan dengan pentadbiran Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) dan Jawatankuasa Perpaduan (MExUnity);
    1. Menguruskan pelantikan ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) dan Jawatankuasa Perpaduan (MExUnity).
    2. Merancang jadual mesyuarat dan aktiviti Majlis dan MExUnity selaras dengan terma rujukan (TOR) yang ditetapkan.
    3. Mengurus setia mesyuarat Majlis dan mesyuarat MExUnity.
  2. Menyelaras tindakan susulan terhadap semua keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang berkaitan dengan Majlis;
  3. Menyelaras penyediaan dokumen bagi mesyuarat Majlis dan mesyuarat MExUnity;
  4. Menyelaras tindakan berkaitan dengan pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis dan MExUnity; dan
  5. Merancang, menyedia dan memperakukan perancangan kewangan tahunan Sekretariat bagi pengurusan dan perjalanan Majlis serta MExUnity.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet