19 Mac 2025, Putrajaya – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Iftar Muhibah bersama YBhg. Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.
Majlis Iftar Muhibah 2025 ini mengingatkan kita bahawa kepelbagaian bukanlah penghalang kepada perpaduan, tetapi harus dijadikan sebagai satu kekuatan dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif.
Turut diadakan Majlis Peluncuran Kempen Tekad Harmoni sempena Iftar Muhibah 2025 untuk memupuk semangat perpaduan masyarakat Malaysia dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.
