19 Julai 2026, Perak - Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2026 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Ipoh, Perak.
Sempena majlis tersebut, lagu tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk Aku Berjanji, nyanyian Faizal Tahir, diperdengarkan buat julung-julung kalinya kepada orang ramai. Lagu ini membawa mesej kebersamaan, perpaduan dan semangat cinta akan negara dalam usaha mempertahankan kedaulatan tanah air.
MPBKKJG 2026 menandakan permulaan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Sehubungan dengan itu, rakyat diseru agar bersama-sama menzahirkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing serta menyokong pelbagai program patriotik yang dianjurkan oleh kementerian, jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.
