18 Julai 2026, Kuala Lumpur - YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pesona Destar.
Program Pesona Destar 2026 bukan sahaja mengangkat keunikan destar sebagai warisan masyarakat Melayu, malah turut mengetengahkan pelbagai seni ikatan dan hiasan kepala tradisional masyarakat Orang Asli serta etniketnik di Sabah dan Sarawak.
Pendekatan inklusif ini memperlihatkan kekayaan warisan budaya Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian, saling menghormati dan semangat perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
