SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto ogos 2026 Arrow Majlis Peluncuran Kolaborasi Strategik Jabatan Muzium Malaysia x Thong Empire: “Warisan Dalam Perpaduan Pada Setiap Suapan”

5 Ogos 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mengadakan Majlis Peluncuran Kolaborasi Strategik Jabatan Muzium Malaysia x Thong Empire: “Warisan Dalam Perpaduan Pada Setiap Suapan” hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia.

Bertemakan Perpaduan Dalam Perpaduan Pada Setiap Suapan, kolaborasi melalui Muzium Tekstil Negara dan Muzium Negara serta Thong Bowl dan Thong Cha Plus ini mengangkat produk warisan berupa  pin koleksi dan syiling emas edisi terhad dalam satu interpretasi baharu terhadap koleksi Muzium Tekstil Negara dan Muzium Negara.  Diinspirasikan dari koleksi muzium yang membawa naratif sejarah dan budaya bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Pin koleksi menampilkan enam (6) motif tekstil tradisional iaitu Motif Pucuk Rebung, Burung Phoenix, Burung Merak, Kuda, Nabau (Ular) dan Bunga Raya. Manakala syiling emas edisi terhad merupakan syiling yang meraikan kisah Malaysia. Menggunakan wajah Bapa Kemerdekaan Negara, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai simbol Malaysia  yang kaya dengan kepelbagaian budaya, tradisi dan masyarakat berbilang bangsa. Syiling ini mengangkat nilai sejarah, warisan dan  perpaduan sebagai nilai yang mengikat kita sebagai sebuah bangsa.Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan berkata, “Kolaborasi ini juga mencerminkan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In