4 Januari 2025, Kuala Lumpur - YB Senator Puan Sarasawathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan serta merasmikan Majlis Konvokesyen dan Program Kreatif Peringkat Jabatan Perpaduan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 bertempat di Dewan Tun Syed Nasir, UKM, WP Kuala Lumpur.
Turut berlangsung sesi penyerahan sijil tamat persekolahan sesi 2024 kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Cheras WP Kuala Lumpur yang diiringi oleh YBrs. Dr. Beh Sang How, Pengarah J-Perpaduan WP Kuala Lumpur.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada kanak kanak, guru dan ibu bapa atas kecemerlangan dan komitmen yang telah diberikan dan meningkatkan kemahiran sosial kanak kanak melalui interaksi berbicara di hadapan orang ramai serta mencungkil bakat dan potensi kanak kanak dalam pelbagai aspek pendidikan dan kemahiran.
