14 Januari 2025, Putrajaya - Sesi Kunjungan Hormat daripada Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Muafakat, Kementerian Perpaduan Negara. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan kolaborasi strategik UiTM bersama Kementerian Perpaduan Negara.
Sesi kunjungan hormat ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), UiTM, YBrs. Dr. Khairudin Murad, Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), UiTM, YBrs. Dr. Nor Hafizah Ibrahim, Timbalan Pendaftar UiTM. Turut serta hadir dalam sesi kunjungan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.