20 Januari 2025, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj.Hasnol Zam Zam bin Hj.Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 1 Tahun 2025.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg.Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. YBhg. Tan Sri KSN dalam perutusan beliau turut menegaskan mengenai “reformasi itu suatu kemestian” dan tiga fokus utama tahun 2025 yang perlu dilaksanakan.