28 Januari 2025, Putrajaya - Taklimat Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan hari ini bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengurusan risiko rasuah ke arah penyediaan pelan pengurusan risiko rasuah yang komprehensif, sistematik dan berkesan.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Kamal bin Abdul Rahman, Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Turut hadir, YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Setiausaha Bahagian, wakil- wakil dari setiap Bahagian, Unit, Jabatan dan Agensi.