10 Februari 2025, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut hadir ke Syarahan Umum yang telah disampaikan oleh Presiden Republik Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan.
Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Syarahan Umum telah disampaikan oleh Presiden Republik Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).