10 Julai 2025, Selangor – YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Pelancaran Buku Sukatan Baharu STPM Bahasa Tamil (912).
Program ini merupakan anjuran International Association For Tamil Research (IATR) Malaysia. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai usaha dan sumbangan yang diberikan dalam mempromosi Bahasa Tamil di peringkat STPM dalam kalangan para pelajar Tingkatan Enam.