24 Julai 2025, Putrajaya – Sempena Persidangan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Persekutuan Dan Negeri Tahun 2025, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menyampaikan anugerah kepada Kementerian Perpaduan Negara sebagai Agensi Induk terbaik pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Persekutuan Tahun 2024.
Anugerah tersebut meliputi 6 aspek iaitu aktif, pelaporan, penyelarasan isu, kawal selia agensi, komitmen & kerjasama pengurusan tertinggi dan Inovasi.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kementerian Perpaduan Negara, jabatan dan agensi atas pengiktirafan yang cukup membanggakan Ini.