20 September 2025, Perak – YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus, Ipoh.
Puisi boleh menjalinkan hubungan yang baik dan mesra antara pelbagai kaum, bangsa serta agama dalam negara, selain bertindak sebagai medium menyampaikan pemikiran masing-masing.