13 Ogos 2026, Kuala Lumpur - Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah membantu lebih 12 ribu anak muda Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM96.6 juta menerusi biasiswa, bantuan kewangan dan program pembangunan kepimpinan merentasi kaum dan agama sepanjang penubuhannya sejak tahun 1966.
Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 YTAR di ibu negara. YTAR telah membuka peluang kepada anak muda Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di samping memperkasa potensi diri, membina kempimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Dalam ucapannya, YB Datuk Aaron berkata, “Peranan YTAR bukan lagi sekadar menyediakan biasiswa tetapi mengenal pasti bakat, membuka akses dan membangunkan potensi anak muda”. Beliau turut menyeru agar lebih banyak syarikat menjadikan pendidikan dan pembangunan bakat sebagai sebahagian agenda penting Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) organisasi masing-masing.
