14 Ogos 2026, Vietnam- Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh YBhg.Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, telah menghadiri Majlis Penutupan Green Summer Volunteer Campaign 2026 di Phu Loi Ward, Vietnam.
Delegasi turut berpeluang meninjau beberapa tapak projek yang dilaksanakan oleh sukarelawan YSS, termasuk Vietnam-Malaysia Friendship Mural di Phu Loi Park 3, serta beramah mesra bersama para sukarelawan yang terlibat.Mural ini bukan sekadar menceriakan ruang awam, malah menjadi simbol persahabatan, perpaduan dan persefahaman antara Malaysia dan Vietnam. Projek yang dilaksanakan di sekitar Phu Loi Park 3 turut memberi manfaat kepada 6,349 orang penduduk komuniti dan kawasan kejiranan setempat.
Impak ini memperlihatkan bahawa kesukarelawanan bukan hanya memberi manfaat kepada peserta program, tetapi turut membawa perubahan yang dapat dirasai secara langsung oleh komuniti melalui pembangunan ruang awam, penglibatan masyarakat dan hubungan antara generasi muda.Penglibatan sukarelawan YSS di Phu Loi juga mencerminkan peranan people-to-people diplomacy, apabila belia Malaysia dan Vietnam berinteraksi, bekerjasama dan membina persefahaman melalui pengalaman bersama.
Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 11: Sustainable Cities and Communities dan SDG 17: Partnerships for the Goals, melalui usaha membangunkan komuniti yang lebih inklusif serta memperkukuh kerjasama rentas negara.
Lebih daripada sebuah projek fizikal, Vietnam-Malaysia Friendship Mural menjadi simbol persahabatan yang kekal dalam komuniti, membawa mesej bahawa hubungan kukuh antara dua negara turut dibina melalui masyarakat dan generasi muda. Kesukarelawanan bukan sekadar mencipta impak, tetapi membina jambatan antara manusia, budaya dan negara.
