SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto ogos 2026 Arrow Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa)

27 Ogos 2026, Kuala Lumpur - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) adalah satu daripada usaha dan inisiatif Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam menanam nilai integriti dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak. MIKa bermatlamat untuk menjadi satu daripada modul utama pendidikan integriti di peringkat pendidikan awal kanak-kanak yang diguna pakai secara menyeluruh oleh TASKA, TADIKA dan Prasekolah di seluruh negara.

Selain itu, modul ini dapat mengajar etika dan moral melalui pembinaan tingkah laku dan menintegrasikan integriti dalam pembelajaran. Skop MIKa diperluaskan dengan sasaran yang lebih berfokus kepada dua kategori iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang berumur antara 2-4 tahun dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dan Prasekolah yang berumur 5-6 tahun. Sebanyak 50 buah TASKA dan TADIKA akan menjadi perintis kepada MIKa yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata, “KPN menyokong sepenuhnya pelaksanaan modul ini bagi menerapkan kesedaran awal kepentingan integriti terutama bagi murid dan kanak-kanak di Taska dan Tabika Perpaduan. Penerapan nilai integriti sejak usia kecil amat penting kerana anak-anak inilah yang bakal menjadi generasi pewaris negara. Justeru, pendidikan integriti dan perpaduan perlu bergerak seiring dalam membina generasi Malaysia yang bukan sahaja berakhlak, tetapi turut menjunjung keharmonian dan kemakmuran bersama."

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In