SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto ogos 2026 Arrow Pertemuan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Bersama warga Gereja Prince of Peace Church

26 Ogos 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah bertemu warga Gereja Prince of Peace Church, iaitu gereja baharu yang terletak di Presint 20.

Sejak tahun 2013, Kerajaan Persekutuan telah merancang penyediaan ruang di Presint 20 bagi pembangunan rumah-rumah ibadat bukan Islam. Usaha ini bukan sahaja mencerminkan perancangan bandar yang tersusun dan inklusif, tetapi turut menyediakan ruang yang wajar kepada komuniti pelbagai agama untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan aman dan harmoni.

Pendekatan ini juga selari dengan aspirasi Polisi 17 – Putrajaya ke Arah Komuniti Ihsan Inklusif dalam cadangan Rancangan Struktur Putrajaya 2050, yang menekankan kepentingan membentuk sebuah komuniti yang inklusif, saling menghormati dan hidup dalam keharmonian. YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ‘usaha ini juga selari dengan inisiatif Harmoni MADANI yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara pada tahun 2024 untuk memperkukuh konsep Faham, Hormat, Terima dan Meraikan dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Malaysia. Presint 20 mampu menjadi pusat interfaith yang menyatukan komuniti pelbagai agama melalui ruang ibadat, interaksi dan dialog, sekali gus memperkukuh persefahaman, keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Sebagai rekod, selain Gereja Prince of Peace, kawasan ini turut menempatkan Pusat Buddhis Dhammaduta Malaysia yang kini telah beroperasi sejak tahun 2023, manakala pembangunan Gurdwara Sahib Putrajaya, Dewi Sri Lalithaambigai Alayam dan Tokong Tao San Qing sedang giat dilaksanakan. Sebuah tapak turut dirancang bagi pembinaan Gereja Roman Katolik.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In