30 Ogos 2026, Putrajaya - Sekitar sesi temu bual bersama YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Mengangkat tema Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, sesi ini menyentuh aspirasi untuk membina sebuah Malaysia yang lebih harmoni, inklusif dan sejahtera, dengan perpaduan sebagai kekuatan utama dalam menyatukan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.
Kerana kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi amanah untuk terus memelihara perpaduan demi kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh semua.
