31 Ogos 2026, Putrajaya - Dataran Putrajaya bergema dengan semangat cinta akan negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 yang mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.
Dari istiadat ketenteraan yang penuh gagah perkasa, persembahan yang menyentuh jiwa hingga perarakan penuh warna-warni semuanya membawa satu mesej yang cukup kuat:
KITA BERBEZA, TAPI KITA BERSAMA.
KITA PELBAGAI, TAPI KITA SATU MALAYSIA.
Kementerian Perpaduan Negara turut membawakan semangat perpaduan menerusi Kontinjen Perpaduan Negara yang menghimpunkan 200 peserta daripada pelbagai etnik dan komuniti.
Melayu. Cina. India. Orang Asli. Iban. Bidayuh. Melanau. Orang Ulu. Kadazan-Dusun. Murut. Bajau. Baba Nyonya. Siam. Portugis.
Berbeza budaya.
Berbeza bahasa.
Berbeza tradisi.
Tetapi apabila Jalur Gemilang berkibar…
Kita semua di bawah satu nama yang sama : MALAYSIA!
Inilah kekuatan kita. Kepelbagaian bukan alasan untuk berpecah, tetapi sebab untuk kita lebih memahami, menghormati dan berdiri teguh antara satu sama lain.
Merdeka bukan hanya tentang bebas daripada penjajahan. Merdeka adalah tentang memastikan perpaduan terus hidup dalam hati setiap rakyat Malaysia.
