SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow 2026 Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto sept 2026
WhatsApp Image 2026 09 08 At 151048 1

8 September 2026, Kuala Lumpur - Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak: “Arkitek Pembangunan Negara Bangsa” anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia bersama Yayasan Tun Razak telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Tun Abdul Razak bin Hussein merupakan antara negarawan ulung yang mencorakkan perjalanan pembangunan dan perpaduan Malaysia. Kepimpinan serta pemikiran beliau bukan sahaja membantu memulihkan keamanan dan kestabilan negara, malah turut memperkukuh asas perpaduan nasional melalui pembangunan pendidikan, ekonomi dan masyarakat yang inklusif.

Antara legasi besar beliau ialah Penyata Razak 1956 yang menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan serta Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka bagi menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk.

Lebih daripada sekadar mengenang sejarah, program ini menjadi wadah untuk kita menghayati pemikiran, nilai kepimpinan dan perjuangan Tun Abdul Razak dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu, progresif dan berdaya tahan.

Legasi seorang negarawan tidak seharusnya hanya tersimpan dalam lipatan sejarah. Ia perlu terus dikenali, dihayati dan diterjemahkan oleh generasi hari ini demi membina masa depan Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni.

WhatsApp Image 2026 09 05 At 123251

5 September 2026, Perlis - Seni dan budaya adalah sebahagian daripada identiti kita dan merupakan antara bahasa paling berkesan untuk mendekatkan masyarakat. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Program Satu Suara, Seribu Warna sempena Semarak Perpaduan Perlis di sini, hari ini.

Program anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini melibatkan 33,548 murid Tabika Perpaduan dari seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna secara serentak dan pencapaian ini telah berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Selain itu, penganjuran program ini juga merupakan tahun ketiga berturut-turut Nadi Sihat bekerjasama dengan Kementerian dalam melaksanakan pelbagai program yang membawa mesej perpaduan kepada masyarakat. YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “Kerajaan akan terus berusaha memastikan seni dan budaya negara bukan sahaja dipelihara, tetapi terus dikenali dan dihargai oleh generasi baharu.

Dalam hal ini, institusi seperti Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam memelihara sejarah, ilmu,  dokumentasi dan khazanah budaya negara supaya warisan ini tidak hilang danterus dapat dipelajari oleh generasi akan datang”.

WhatsApp Image 2026 09 04 At 193607

4 September 2026, Perlis - YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Program Santuni Komuniti Pelajar Tajaan Yayasan Angkasa Bersama Keluarga Angkat & Sumbangan Bakul Makanan Asas Komuniti di Dewan Tuanku Syed Putra, MRSM Beseri, Perlis.

Tahniah kepada para pelajar tajaan Yayasan ANGKASA sesi pengambilan 2025 yang menyertai Program Santuni Komuniti bersama Keluarga Angkat di Perlis! Selama empat hari tiga malam, para pelajar berpeluang tinggal bersama keluarga angkat, menyelami kehidupan masyarakat setempat, memahami budaya dan nilai kekeluargaan, serta membina hubungan erat merentas latar belakang.

Turut diadakan sesi penyerahan bakul makanan asas kepada komuniti sebagai simbol semangat keprihatinan dan saling membantu dalam masyarakat.Kerjasama strategik antara Kementerian Perpaduan Negara dan Yayasan ANGKASA ini membuktikan bahawa kekuatan institusi, komuniti dan kerajaan mampu digembleng demi manfaat yang lebih besar kepada rakyat, melahirkan generasi muda berjati diri, berjiwa besar dan berpegang teguh kepada semangat perpaduan.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In