Kuala Lumpur, 10 Januari 2024 - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Anugerah My Hero 4.0 yang berlangsung di Wisma Chineese Chamber, Ampang Kuala Lumpur hari ini.
Program ini diadakan dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (The Chinese Chamber of Commerce and Industry of Kuala Lumpur & Selangor) serta akhbar Nanyang Siang Pau
Penganugerahan My Hero 4.0 adalah sebagai satu pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan ketabahan, keberanian dan keazaman yang tinggi dalam membantu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Anugerah My Hero pada tahun ini telah memasuki edisi yang keempat (4.0). Seramai 13 calon akhir telah disenarai pendek (shortlisted) oleh panel juri.