JOHOR BAHRU, 13 Januari 2024 - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah hadir ke Program Ekspo Aquagro Rukun Tetangga dan Simposium Duta Perpaduan Johor 2024 di Dewan PPR Sri Stulang. Program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor.
Turut hadir YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN, Pegawai-Pegawai Kementerian Perpaduan Negara, wakil-wakil Kerajaan Negeri Johor, wakil Rukun Tetangga setiap Daerah dan barisan Duta Perpaduan Johor 2024.