22 Januari 2024, Putrajaya – YBrs. Puan Kalaichelvi Rajagopal Pengarah Dasar & Pengurusan, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia dan YBrs. Puan Ivin Mercy A/P Jayabalan, Pengarah Kesejahteraan Sosial Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia telah membentangkan Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia 2024 kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di sini hari ini.
Turut hadir, YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.