23 Januari 2024, Putrajaya - Sesi libat urus YB Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Perpaduan Negara bersama pakar ekonomi dalam bidang perlindungan sosial, YBhg. Dr. Amjad Rabi anjuran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh Encik Muhammad Afhzal Abdul Rahman, Ketua Pegawai Teknologi Digital KWSP, Puan Balqais Yusoff, Ketua Jabatan Polisi dan Strategi KWSP serta pegawai-pegawai KWSP bagi membincangkan kajian semula Skim KWSP sebagai salah satu usaha memperkukuh sistem persaraan Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.